Apakah perbezaan antara takaful dan insurans?

  • -
perbezaan antara insuran dan takaful

Apakah perbezaan antara takaful dan insurans?

Category : Maklumat Takaful

Penulis
Habibah dari TakafulMax.com - ejen takaful untuk anda sekeluarga
Habibah Mohd Mydin
Seorang agen takaful yang berpengalaman.
Hubungi
019-3177478

Takaful dan insurans pada asasnya nampak serupa.

Kedua-dua produk ini  adalah untuk menolong peserta atau pemegang polisi, secara bayaran pampasan dalam bentuk kewangan kepada peserta atau pemegang polisi yang mengalami kerugian.

Di antara persamaan yang wujud ini, terdapat banyak pula faktor yang berbeza antara  takaful dan insurans.

Perbezaan utama takaful dan insurans 

NoPerkaraInsuransTakaful
1AsasOrganisasi berdasarkan faktor-faktor komersial untuk memaksimakan keuntungan sahaja.
Ada unsur riba, maisir dan gharar yang haram.
Tidak ada unsur riba, maisir dan gharar. Patuh syariah dan halal sepenuhnya.

Kita tidak boleh menafikan bahawa syarikat insurans konventional atau syarikat takaful, sebagai sebuah organisasi perniagaan,  tujuannya adalah untuk membuat keuntungan.

Faktor komersial merupakan dasar utama sebuah syarikat insurans konventional. Selagi membawa lebih banyak keuntungan, syarikat insurans bebas menggunakan apa-apa instrumen kewangan atau pelaburan tanpa mengira haram atau halal.  Operasi insurans biasanya mempunyai unsur riba, maisir dan gharar yang tidak patuh shariah.

Ini berbeza sekali dengan pengendali takaful yang hanya menggunakan instrumen kewangan atau pelaburan yang patuh syariah dan halal sahaja. Operasi takaful tidak mempunyai unsur riba, maisir dan gharar yang tidak patuh shariah.

Perbezaan antara takaful dan insurans dari aspek hubungan, risiko, kontrak

NoPerkaraInsuransTakaful
2Hubungan antara peserta dan syarikatSyarikat menjual perlindungan kepada peserta.
Peserta membayar premium
Syarikat takaful bukan menjual tetapi lebih berfungsi sebagai pengendali.
Peserta membuat caruman.
3Hubungan antara pesertaTiada hubungan.Berasaskan kepada semangat kerjasama antara peserta.
4RisikoRisiko dipindah kepada syarikat insurans.Risiko ditanggung bersama oleh peserta, dan dikendalikan oleh syarikat takaful.
5Kontrak / AkadKontrak jualan digunakan.Kontrak/akad wakalah
Kontrak/akad mudharabah
6BayaranPeserta membayar premium.Peserta menyumbang caruman ke dalam dana bersama konsep tabarru (derma).

Dalam insurans konvensional, syarikat insurans menjual perlindungan kepada peserta. Ia adalah sebuah kontrak jualan. Peserta akan membayar premium kepada syarikat insurans. Risiko ditanggung oleh syarikat insurans. Semuanya umpama operasi perniagaan jual beli.

Dalam takaful, peserta atau pemegang polisi takaful bekerjasama dengan peserta lain dengan cara mencarum ke dalam dana bersama. Caruman ini dibuat dengan berasaskan tabarru (tabarru’) yang bersifat derma dan peserta akan saling menjamin dengan peserta lain. Akad ini penting dan memberi makna dan perbezaaan yang besar antara takaful dan insurans. Akad yang digunakan dalam takaful ialah wakalah dan mudharabah.

Perbezaan antara takaful dan insurans dari aspek operasi

NoPerkaraInsuransTakaful
7Panel ShariahTidak memerlukan panel shariah.Mempunyai Majlis Penasihat Syariah dan unit-unit sekretariat.
8Instrumen kewangan yang dibenarkanSemua jenis instrumen kewangan termasuk yang ada unsur riba, maisir dan ghararHanya instrumen kewangan yang tidak ada unsur riba, maisir dan gharar dan patuh shariah.
9Pelaburan ekuiti yang dibenarkanSemua jenis pelaburan ekuiti. Ini termasuk pelaburan dalam industri arak dan judi.Pelaburan ekuiti hanya dibenarkan atas syarikat yang patuh shariah.
10Bayaran zakatSyarikat insurans hanya perlu membayar cukai.Syarikat takaful perlu membayar cukai dan zakat.
11Undang-undangAkta Insurans 1963 (p 1996)Akta Takaful 1984

Halal dan haram adalah sesuatu yang tidak dipedulikan oleh syarikat insurans. Syarikat insurans boleh menggunakan instrumen yang berasaskan faedah (riba) dalam perniagaan. Mereka juga boleh melabur dalam ekuiti industri judi dan arak.

Di syarikat takaful pula halal dan haram itu menjadi landasan kepada operasi takaful.

Syarikat takaful mempunyai Majlis Penasihat Shariah yang menasihati dalam semua aspek perniagaan dari segi produk, instrumen kewangan, pelaburan dalam ekuiti  dan sebagainya. Ini adalah untuk mengelakkan unsur-unsur seperti

Riba – apabila ada unsur kos berbentuk faedah (interest) yang perlu ditanggung di atas pengunaan dana

Gharar – apabila ada ketidaktentuan atau ketidakpastian dalam urusniaga

Maisir – apabila ada unsur judi dalam urusniaga

Syarikat insurans hanya membayar cukai. Syarikat takaful disamping membayar cukai, juga membayar zakat.

Persoalan : pilihan anda yang mana satu ?

Pada suatu masa dahulu,  sebelum industri takaful berkembang maju, hanya insurans konvensional yang wujud.

Kini dengan bantuan kerajaan dan badan-badan berkanun seperti Bank Negara, industri takaful telah berkembang maju.

Fahamilah produk takaful dengan lebih baik. Semoga ia bermanfaat kepada anda sekeluarga.

Artikel ditulis oleh / Author : Habibah, TakafulMax.com

habibah takaful ikhlas perancang kewangan takaful anda

habibah takaful ikhlas perancang kewangan takaful anda

Artikel / Pos Berkaitan