Nasib…. Kenapa usaha itu perlu ?

  • -
takdir vs nasib

Nasib…. Kenapa usaha itu perlu ?

Category : Maklumat Takaful

Pernahkah anda terlihat kemalangan di jalan raya.

Cubalah anda bayangkan, seolah yang menjadi mangsa kemalangan  itu adalah diri kita sendiri.

Kalau anda cedera parah, bagaimanakah keluarga anda akan membiayai kos rawatan yang begitu tinggi.

Kalau anda meninggal dunia dalam kemalangan itu, bagaimanakah keadaan isteri dan anak-anak. Macam mana mereka akan tanggung kos hidup, kos pendidikan dan macam-macam lagi mesti menjadi tanda tanya. Jual atau gadai harta dan rumah atau pinjam sampai hutang keliling pinggang.

Sanggupkah anda menyusahkan keluarga anda sebegini.

Apakah persediaan anda untuk menghadapi keadaan sebegini? Atau adakah anda tidak ingin berbuat apa-apa dan menyerah saja kepada nasib.

Untuk direnungkan

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka”

-Surah Ar-Ra’d ayat 11 terjemahan

Untuk membantu keluarga kita, andainya apa-apa terjadi kepada kita, kita perlu berusaha sekarang. Perlindungan takaful tidak boleh selamatkan kita dari musibah seperti kemalangan, tetapi ia boleh membantu mengurangkan beban kewangan yang dipikul nanti.

Kita patut bersyukur, terdapat pelbagai  jenis takaful di Malaysia yang patuh syariah yang boleh membantu mengurangkan beban kewangan kita sekeluarga apabila musibah melanda.  Ada kad takaful, ada pelan-pelan takaful yang komprehensif ataupun yang  selektif berasaskan kepada pilihan rider yang bersesuaian.

Kita merancang, Allah juga yang menentukan. Sekurang-kurangnya kita berikhtiar, kita berusaha sedaya kita.

Bertindaklah segera. Lindungilah diri anda sekeluarga dengan pelan takaful.

Artikel ditulis oleh / Author : Habibah, TakafulMax.com

habibah takaful ikhlas perancang kewangan takaful anda

habibah takaful ikhlas perancang kewangan takaful anda

Artikel / Pos Berkaitan