Sumber wang pinjaman untuk kos perubatan

  • -
pinjam untuk kos perubatan

Sumber wang pinjaman untuk kos perubatan

Category : Maklumat Takaful

Bila anda kaya, semua orang nak mengaku saudara, nak mengaku kenal atau nak mengaku kawan rapat konon.

Tapi, bila ditimpa musibah seperti penyakit yang kronik, baru ramai yang sedar, apabila kita kekurangan, kawan-kawan pun mugkin berkurangan atau hilang.

 Pinjam dari siapa.. kawan pun ada yang hilang bila kita sakit

Pinjam dari siapa.. kawan pun ada yang hilang bila kita sakit

Majikan pun tak nak pekerja yang asyik MC. Tunggu alasan  yang sesuai saja untuk keluarkan pekerja yang kurang prestasi.

Kalau kita tiada pendapatan, simpanan atau perlindungan terpaksalah pinjam.

Ada pelbagai sumber yang mungkin memberi pinjaman :

Bank – Pinjaman perlukan cagaran. Kalau dicagar rumah, kalau tak boleh bayar, bank lelong saja. Anak dan bini nak tinggal di mana?

Along – Pinjaman dengan faedah turbo cekik darah. Sungguh menakutkan.

Majikan – Takut juga diblacklist pula oleh majikan.

Ibu bapa – sudah tua. Mereka pula mengharapkan dari anda. Kalau ibu bapa kaya OK.

Adik beradik – biasa akan bantu ke satu tahap tertentu. Persoalan kewangan juga boleh menyebabkan jurang antara adik beradik.

Saudara-mara – Masing-masing ada komitmen sendiri. Yang sakit sekali kalau ada yang cakap, “bila perlu wang, baru teringat kami ya”. Aduh.

Kawan-kawan – Masing-masing ada komitmen sendiri. Untuk sekolah / kolej anak-anak, isteri tak setujulah dan macam-macam lagi.

Mertua – malu juga nak pinjam dari mertua

Niat saya, bukan nak mempersoalkan tahap perhubungan, kepercayaan  atau keakraban antara kawan atau saudara. Ia sekadar menyedarkan bahawa strategi untuk meminjam mungkin bukan cara penyelesaian yang diharapkan.

Lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. Lindungilah diri anda sekeluarga dengan takaful perubatan. Kurangkan beban kepada anda sekeluarga.

Artikel ditulis oleh / Author : Habibah, TakafulMax.com

habibah takaful ikhlas perancang kewangan takaful anda

habibah takaful ikhlas perancang kewangan takaful anda

Artikel / Pos Berkaitan