Produk Takaful pelan Rider Tambahan kepada Pelan Asas

  • -

Produk Takaful pelan Rider Tambahan kepada Pelan Asas

Category : Produk Takaful

Berikut adalah antara rider yang boleh disertakan dengan Pelan Asas yang berkaitan.

IKHLASlink Critical Illness Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Ramai tidak memikirkan kemungkinan bahawa dirinya akan menghidapi penyakit kritikal. IKHLASlink Critical Illness Secure Takaful Rider memberikan perlindungan dan ketenangan fikiran untuk anda dan keluarga anda sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal. Pelan Rider ini menyediakan perlindungan kewangan seandainya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal seperti yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. Pelan Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.

Download Maklumat

IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider ***

Seandainya anda ditimpa musibah, risikonya lebih tinggi sekiranya anda tidak bersedia. IKHLASlink Accidental Death and Disability Secure Takaful Rider menyediakan perlindungan di waktu musibah melanda seperti kematian, hilang upaya kekal, separa atau menyeluruh, supaya anda sentiasa dilindungi. Pelan Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.

Download Maklumat

IKHLASlink Hospital Income Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. IKHLASlink Hospital Income Secure Takaful Rider adalah pelan Takaful yang mampu mengurangkan bebanan kewangan anda apabila anda dimasukkan ke hospital. Pelan ini menyediakan elaun tunai semasa anda berada di dalam hospital. Pelan Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.

Download Maklumat

IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider ***

Seandainya musibah menimpa anda, bebanan kewangan anda tidak seharusnya ditanggung oleh keluarga anda. IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider melindungi keluarga anda daripada bebanan bayaran pelan seandainya anda tidak mampu.

Download Maklumat

IKHLASlink Waiver Of Contributions Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Apakah yang akan terjadi kepada keselamatan kewangan dan keluarga anda? Kami memahami keperluan anda, terutama sekali ketika anda benar-benar memerlukannya. IKHLASlink Waiver of Contributions Secure Takaful Rider akan menguruskan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang di bawah Sijil Takaful sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal. Pelan Takaful Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.

Download Maklumat

IKHLASlink Regular Top Up Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. IKHLASlink Regular Top-Up Secure Takaful Rider adalah rider yang berbayar dengan Sumbangan Takaful yang boleh disertakan kepada pelan Takaful berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala. Rider ini menyediakan pilihan untuk melabur secara tetap di dalam dana-dana berkaitan pelaburan yang terpilih.

Download Maklumat

IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider merupakan pelan tambahan yang boleh dilampirkan ke dalam produk asas Takaful keluarga. Rider ini memberikan pampasan kewangan apabila berlaku kematian, keilatan kekal menyeluruh atau separa atau keilatan sementara atau sebahagian dan menyeluruh (untuk manfaat mingguan), dan juga pembayaran semula kos perubatan ke atas kecederaan yang disebabkan kemalangan.

Download Maklumat

 IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider, anda tidak perlu risau tentang kos penghospitalan dan perubatan apabila musibah melanda dan anda dimasukkan ke hospital. Pelan ini meringankan beban kewangan anda.

Download Maklumat

IKHLASlink Comprehensive Critical Illness Benefit Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Comprehensive Critical Illness Benefit Secure Takaful Rider, anda akan dilindungi secara menyeluruh ketika melalui tempoh yang paling sukar dalam kehidupan anda. Pelan ini meringankan beban kewangan anda khususnya untuk melindungi kos perubatan penyakit kritikal yang mengancam nyawa.

Download Maklumat

IKHLASlink Child Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Child Secure Takaful Rider, anak anda akan dilindungi daripada penyakit-penyakit yang boleh berlaku akibat daripada kelemahan sistem imunisasi tubuh terutama sekali sewaktu fasa pembesaran. Pelan ini meringankan beban kewangan anda khususnya untuk musibah penyakit berkaitan kanak- kanak.

Download Maklumat

IKHLASlink Child Waiver of Contributions Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Child Waiver of Contribution Secure Takaful Rider, ia memberi nilai tambah kepada IKHLASlink Child Secure Takaful Rider yang telah dilanggan sebelumnya. Pelan ini akan mengecualikan semua pembayaran Sumbangan Takaful yang perlu dibayar pada masa akan datang kerana ia adalah satu rider yang dijamin pembaharuannya menerusi unit deduktif.

Download Maklumat

IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider ***

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Lady Secure Takaful Rider, wanita diperkasakan dengan keupayaan untuk melindungi diri kerana mereka memainkan peranan yang cukup besar dalam masyarakat, sama ada dalam institusi kekeluargaan atau dalam dunia pekerjaan yang kompetitif. Pelan ini meringankan beban kewangan mereka khususnya untuk musibah penyakit berkaitan wanita.

Download Maklumat

IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider ***

Pelan rider ini boleh disertakan dengan pelan keluarga individu dengan Sumbangan Takaful berkala. Pelan rider ini menyediakan perlindungan perubatan menyeluruh, dengan membayar semula kepada Peserta Takaful, terhadap perbelanjaan perubatan yang tertanggung yang disebabkan oleh kemasukan ke hospital, pembedahan, atau rawatan perubatan pesakit luar seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat.

Peserta Takaful boleh memilih untuk menyertai di antara sepuluh (10) pelan dengan tahap manfaat-manfaat dan Sumbangan Takaful yang berbeza, yang disediakan di bawah pelan rider ini. Peserta-peserta Takaful mempunyai pilihan untuk menyertai pelan tanpa tunai yang membolehkan kemasukan ke hospital tanpa kesulitan dengan kad perubatan bagi memenuhi perlindungan bersesuaian dengan bajet Peserta Takaful.

Download Maklumat

IKHLAS Term Secure Takaful Rider ***

Pelan sampingan ini memberi perlindungan ke atas kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) kepada Orang yang Dilindungi* sepanjang tempoh Sijil Takaful berkuatkuasa.

* Orang yang Dilindungi merujuk kepada Peserta Takaful dan/ atau Pembayar yang menyertai ‘IKHLAS Term Secure Takaful Rider’.

Download Maklumat

IKHLAS Regular Top Up Secure Takaful Rider ***

Pelan tambahan adalah sebagai kemudahan untuk Sumbangan Takaful tambahan yang mana Sumbangan Takaful tambahan tersebut akan berfungsi sama seperti akaun simpanan di bank dalam masa tempoh Sijil Takaful.

Download Maklumat

IKHLAS Accidental Death & Disability Secure Takaful Rider ***

Pelan tambahan ini memberi perlindungan kepada Peserta Takaful ke atas kematian, Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) ataupun Keilatan Separa Kekal (PPD) akibat kemalangan sepanjang tempoh Sijil Takaful.

Download Maklumat

IKHLAS Family Income Secure Takaful Rider ***

Pelan rider ini menyediakan manfaat pendapatan bulanan kepada Peserta Takaful atau waris Peserta Takaful sepanjang baki tempoh Sijil Takaful sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) atau Peserta Takaful telah disahkan mengidap sebarang penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam Sijil Takaful) sebelum tempoh matang Sijil Takaful.

Download Maklumat

IKHLAS Critical Illness Secure Takaful Rider ***

Pelan rider ini memberi perlindungan kepada Orang yang Dilindungi* terhadap mana-mana penyakit kritikal seperti yang ditakrifkan di dalam Sijil Takaful, sepanjang tempoh Sijil Takaful.

*Orang yang Dilindungi merujuk kepada Peserta Takaful dan/atau Pembayar yang menyertai ” IKHLAS Critical Illness Rider Takaful Plus”.

Download Maklumat

IKHLAS Hospital Benefit Secure Takaful Rider ***

Pelan rider ini menyediakan bayaran tunai harian kepada Peserta Takaful jika dimasukkan ke hospital disebabkan oleh penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.

Download Maklumat

IKHLAS Waiver of Contribution Secure Takaful Rider ***

Pelan rider ini akan mengecualikan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang (termasuk semua pelan rider yang disertakan, kecuali pelan rider penyakit kritikal) sekiranya Peserta Takaful disahkan menghidap salah satu daripada (seperti yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful).

Download Maklumat

IKHLAS Payor Savings Secure Takaful Rider ***

Pelan rider ini akan mengecualikan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang (termasuk pelan rider yang disertakan) sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kepada Pembayar seperti kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) atau telah disahkan menghidap sebarang penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam Sijil Takaful) sebelum tempoh matang Sijil Takaful.

Download Maklumat

IKHLAS Comprehensive Personal Accident Secure Takaful Rider ***

Pelan tambahan ini memberi perlindungan yang komprehensif ke atas Kematian, Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD), Keilatan Separa dan Kekal (PPD), Keilatan Sementara dan Menyeluruh (TTD), dan Keilatan Sementara dan Separa (PTD) yang disebabkan secara langsung oleh kemalangan sepanjang tempoh Sijil Takaful ini.Tambahan kepada perlindungan yang diberikan, Peserta Takaful juga berhak mendapat Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Pembedahan (MSER), atau Pembayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Pesakit Luar (OMRB) yang disebabkan secara langsung oleh kemalangan sepanjang tempoh Sijil Takaful.

Download Maklumat

IKHLAS Immediate Death Expenses Secure Takaful Rider ***

Pelan Takaful tambahan ini memberi perlindungan kematian yang berlaku ke atas Peserta Takaful dan ahli keluarga (pasangan dan anak-anak) sepanjang tempoh Sijil Takaful.

Download Maklumat

Nota penting ***

  • Kesemua maklumat produk Takaful Ikhlas adalah milik Takaful Ikhlas Berhad dan tertakluk kepada perubahan. Untuk maklumat terkini sila layari http://www.takaful-ikhlas.com.my
  • Saya seorang perunding kewangan takaful Takaful Ikhlas Berhad yang berlesen
Habibah Takaful Ikhlas perancang kewangan takaful anda

Habibah,  Takaful Ikhlas perancang kewangan takaful anda

Product Takaful - Riders Tambahan
Takaful riders adalah riders yang boleh disertakan dengan Pelan Asas yang berkaitan.
Brand: Takaful Ikhlas

Artikel / Pos Berkaitan